Assalamualaikum. Hari ini 31 Disember 2015. Hari terakhir bagi tahun yang penuh suka duka termasuk aku. Yang tahun ini, bertukar status menjadi isteri. 2 hari lagi genap setahun untuk Masihi. Yang tahun ini, kehilangan teman jua abang buat selamanya dalam dakapan Ilahi. AlFatihah! Yang tahun ini, membina hubungan dengan keluarga yang lebih besar. Penuh ranjau lagi untuk ditempuhi tahun mendatang.
Saat aku menyiapkan makan malam dengan bahan apa adanya, tidak semena air mataku mengalir. Barangkali terkesan dengan lagu yang mendayu aku pasang bagi memecahkan kesunyian petang. Mengharung kehidupan menjadi seorang isteri ada masam dan manisnya. Bukan semua keinginan akan dapat dipenuhi bak permaisuri di istana. Bukan semua permintaan akan dapat diisi.
Isteri itu terlalu banyak keinginan. Antaranya :
1. Memiliki produk kecantikan yang sama seperti orang lain.
2. Bercuti di tempat yang diidamkan ketika masih bujang.
3. Memakai barangan kemas yang sarat pada jemari.
4. Menyimpan wang untuk keperluan sendiri.
5. Mendapat zuriat ( bagi yang masih belum punya rezeki anak )
Namun ketahuilah bahawa bukan semua keinginan akan menjadi nikmat untuk dirasai. Segalanya bergantung dengan kesungguhan dan kekuatan yakin kita kepada rezeki dari Allah. Bersifat Qana'ah. Itu sebaiknya seorang isteri.
Terkenang bila pernah aku pinta kepada suamiku sekotak air Yogurt. Disebabkan aku tidak dapat menghadam susu segar, maka terliur pula apabila terpandang sebaris manusia yang menunggu giliran untuk dilayan pesanan. Dan aku, bagai tidak mengerti kesulitan pula meminta. Dengan lembut dia memegang lengan dan genggam erat jemariku. Lantas memimpin aku jauh dari khalayak. Aku memahami apabila dia menyeka air mataku dan pandanganku yang kelabu. Aku bukanlah isteri yang sempurna tetapi aku cuba menjadi solehah buatnya. Tidak akan aku sanggup meminta yang sepatutnya biar ianya murah dan kecil. Lebih takut jika hanya akan heret aku nanti ke Neraka. Jangan kerana sekotak Yogurt, Neraka adalah tempatku nanti.
Dalam perkahwinan, isteri harus punya hati yang besar dan kental. Menangis itu benar senjata. Andai sakit, keluarkan air matamu semahunya. Dan jika aku menangis, suamiku tidak akan keruan. Lagaknya mahu juga turut menangis buatkan aku ketawa suka. Dan biasanya akan aku katakan bahawa buruklah rupa andai bakal seorang abi itu menangis.
Saat suamimu ada kesukaran, genggam erat jemarinya. Jadilah penasihat dan penunjuk jalan yang terbaik buatnya.
Saat suamimu buntu, usaplah dadanya agar tingkatkan sabar. Jadilah doktor dan perawat jiwanya.
Saat suamimu terluka, gembirakan dirinya dengan lagakmu yang comel dan bersahaja. Khabarkan padanya bahawa setiap ujian itu hadiah dari Allah agar lebih beriman.
Saat suamimu lelah dengan perkerjaannya, janganlah bebel dan bertanya itu dan ini. Sibukkan dirimu menyiapkan juadah. Setidaknya pun walau hanya secawan teh kosong.
Saat suamimu sugul tidak bermaya, ajak dia ceria semula. Dengarlah apa yang menyenangkan hati bersama biar sebenarnya suamimu bukanlah penggemar yang sama.
Saat suamimu kesempitan, jangan pinta diluar kemampuan. Syukurilah seadanya. Itu akan menjadi mahar kita ke Syurga. Janji Allah buat para isteri yang solehah itu kan SyurgaNYA.
Ajaklah suamimu untuk sama beribadah dan berdoa bersama. Dan para isteri, fahami bahawa suami itu bukanlah waktunya hanya untuk bercinta dengan kita. Dia jua pejuang agama, dia juga pendidik ummah malah dia juga pemimpin rumahtangga. Seluruh masa dan tenaganya hanya memikirkan yang terbaik buat keluarga. Tidak sekelumit pun untuk dibazirkan. Faham dan teladani. Kerana kita madrasah ummah!
I - Istimewa S - Setia T - Tanggungjawab E - Empati R - Rasional I - Inspirasi
Thursday, December 31, 2015
Wednesday, December 30, 2015
AYAM GORENG BEREMPAH
Masak ringkas sahaja malam ini dengan menu utama " Ayam Goreng Berempah ". Bahannya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Jimat bahan dan tenaga (",) .
Bahan-bahannya :
1. Beberapa ketul ayam yang sudah dipotong
2. 4 sudu serbuk rempah kari
3. 4 sudu serbuk rempah kunyit
4. 2 sudu kecil garam halus
Cara penyediaan perapan ayam :
1. Basuh ketulan ayam yang telah dipotong.
2. Gaulkan ayam bersama dengan garam halus terlebih dahulu.
3. Masukkan rempah kunyit dan kari. Kemudian gaulkan sehingga rata.
4. Rehatkan perapan selama 1-2 jam dalam peti sejuk.
Cara memasak :
1. Panaskan minyak ( gunakan minyak yang banyak untuk " deep fry " ).
2. Masukkan ayam yang telah diperap.
3. Goreng ayam sehingga ayam berwarna kecoklatan dengan api yang sederhana selama 15 - 20 minit.
4. Setelah ayam kelihatan garing dan berwarna kecoklatan, angkat ayam dan toskan minyak.
5. Hidangkan ayam goreng berempah tadi.
* Sambil memasak, timbul ide baru. Apa kata jika aku masukkan nasi lemak ayam goreng berempah sebagai menu sarapan pagi untuk dijual? $$$ Bahana GST, semua kena buat lebih daripada 1 pekerjaan bak kata Pak Menteri yang bijaksana.
Tuesday, December 29, 2015
NASI GORENG SUKA HATI
Alhamdulillah. Masih lagi bernafas selayaknya seorang hamba Allah. Aku mahu berkongsi resepi ringkas buat kalian. Aku jenisnya yang akan masak apa sahaja dalam peti sejuk selagimana ianya masih dalam keadaan bagus dan baik. Resepi ringkas pagi untuk sarapan berdua kami ialah " Nasi Goreng Suka Hati ". Bahannya sangat ringkas iaitu :
2 Ulas Bawang Merah Kecil
Seulas Bawang Putih
Sebiji Cili Putih
Kacang Panjang
Sambal Tuhau
Perencah Tom Yam
Nasi Putih ( Lebihan Semalam )
Segenggam Serunding Ayam
Secubit Garam Halus Beriodin
Cara menyediakannya :
1.Hiris bawang merah kecil, bawang putih, cili putih dan kacang panjang ( tidak perlu cincang halus ).
2. Panaskan satu sudu minyak.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili putih dan sambal tuhau. Tumiskan hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan perencah tom yam dan tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan nasi putih dan gaul sehingga sekata.
6. Serunding ayam tadi ditaburkan dan digaulkan bersama nasi goreng.
7. Bagi menyeimbangi rasa, ambil secubit garam dan taburkan atas nasi goreng setelah nasi goreng siap.
8. Hidangkan.
* Aku sangat suka pada tuhau kebelakangan ini. Kalian boleh juga menggantikan tuhau dengan mana-mana herba yang lain seperti bunga kantan. Dan untuk cili putih ( hanya terdapat di Sabah sahaja ) gantikan dengan cili padi ikut suka kalian.
Monday, December 28, 2015
MEMAKNAKAN ISTERI DALAM DIRIMU
Assalamualaikum.

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".
Al-A'raaf 7:189
Hidup adalah putaran masa. Ini pos pertama mendekati tahun 2016. Status sebagai seorang isteri dan dengan izin Allah nanti akan menjadi seorang ibu. Kenapa pos pertama aku pilih untuk kita memaknakan isteri dalam diri kerana masih ramai lagi para isteri atau bakal isteri yang masih belum mengerti mengapa selepas dia bernikah dengan suaminya tanggungjawab dan pengorbanannya semakin besar. Berbeza dengan sebelumnya yang bebas dan mengikut kemahuan hati sendiri.
Isteri adalah status yang sangat didambakan semua perempuan yang bujang dan perawan. Sehingga ada yang membayangkan bahawa hidup selepas berkahwin sentiasa bahagia, penuh warna-warni. Lain pula dengan lelaki bujang dan teruna. Status suami adalah yang sangat digeruni. Membayangkan sahaja bagaimana perubahan selepas berkahwin adalah mimpi ngeri. Hanya yang berani sahaja mampu melangkah dengan status itu biar jiwanya tidak 100% bersedia menggalas amanah.
Isteri juga adalah status yang sangat digeruni semua perempuan. Banyak yang akan dihadapi dan cuba ditangani mereka yang bergelar isteri termasuklah diriku sendiri. Tidak mengapa. Dalam blog ini, In Shaa Allah kita akan sama harungi onak dan duri sebagai seorang isteri, ibu dan bidadari dalam rumahtangga.
Makna seorang isteri dalam Islam adalah penjaga kehormatan suaminya, menjadi penasihat dan permaisuri.

Isteri juga penyejuk mata dan penghibur lara buat suaminya dalam bersama menggapai cinta dan rahmat Allah.

Dengan kata lainnya, isteri adalah sekolah atau madrasah pertama bagi zuriat keturunan yang akan dilahirkan. Seorang lelaki berhak punya sikap cerewet dalam memilih bakal isterinya. Begitu juga sebaliknya bagi seorang perempuan wajar cerewet dalam menentukan siapa yang akan diterima menjadi suami, imam dan pemimpin isteri dan anak-anak. Tapi harus difahami bahawa jangan terlalu memilih, tidak pula terlalu leceh dan paling ditakuti berpura dalam menerima kekurangan sehingga akhirnya melukai.
Akhir kata bagi pos pertama ini ialah carilah makna isteri untuk menjadi pegangan hidupmu. Ingatilah kembali sebab pernikahan saat dirimu memilih suamimu setelah tanggungjawab dari ayahmu sudah diserahkan kepada suamimu. Hidup pernikahan tidak selalunya manis. Ada juga masam, masin malah pahit. Lengkap dengan pelbagai perisa. Saling melengkapi dan memahami. Malah cuba mengikut contoh para isteri Anbiya dan sahabat agar tidak menyimpang jauh daripada jalan yang Allah ridhoi. Selamat menjadi isteri buat diriku, dirimu dan mereka yang dambakan status isteri.
Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".
Al-A'raaf 7:189
Hidup adalah putaran masa. Ini pos pertama mendekati tahun 2016. Status sebagai seorang isteri dan dengan izin Allah nanti akan menjadi seorang ibu. Kenapa pos pertama aku pilih untuk kita memaknakan isteri dalam diri kerana masih ramai lagi para isteri atau bakal isteri yang masih belum mengerti mengapa selepas dia bernikah dengan suaminya tanggungjawab dan pengorbanannya semakin besar. Berbeza dengan sebelumnya yang bebas dan mengikut kemahuan hati sendiri.
Isteri adalah status yang sangat didambakan semua perempuan yang bujang dan perawan. Sehingga ada yang membayangkan bahawa hidup selepas berkahwin sentiasa bahagia, penuh warna-warni. Lain pula dengan lelaki bujang dan teruna. Status suami adalah yang sangat digeruni. Membayangkan sahaja bagaimana perubahan selepas berkahwin adalah mimpi ngeri. Hanya yang berani sahaja mampu melangkah dengan status itu biar jiwanya tidak 100% bersedia menggalas amanah.
Isteri juga adalah status yang sangat digeruni semua perempuan. Banyak yang akan dihadapi dan cuba ditangani mereka yang bergelar isteri termasuklah diriku sendiri. Tidak mengapa. Dalam blog ini, In Shaa Allah kita akan sama harungi onak dan duri sebagai seorang isteri, ibu dan bidadari dalam rumahtangga.
Makna seorang isteri dalam Islam adalah penjaga kehormatan suaminya, menjadi penasihat dan permaisuri.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Ruum 30:21)Isteri juga penyejuk mata dan penghibur lara buat suaminya dalam bersama menggapai cinta dan rahmat Allah.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Al-Furqaan 25:74)Dengan kata lainnya, isteri adalah sekolah atau madrasah pertama bagi zuriat keturunan yang akan dilahirkan. Seorang lelaki berhak punya sikap cerewet dalam memilih bakal isterinya. Begitu juga sebaliknya bagi seorang perempuan wajar cerewet dalam menentukan siapa yang akan diterima menjadi suami, imam dan pemimpin isteri dan anak-anak. Tapi harus difahami bahawa jangan terlalu memilih, tidak pula terlalu leceh dan paling ditakuti berpura dalam menerima kekurangan sehingga akhirnya melukai.
Akhir kata bagi pos pertama ini ialah carilah makna isteri untuk menjadi pegangan hidupmu. Ingatilah kembali sebab pernikahan saat dirimu memilih suamimu setelah tanggungjawab dari ayahmu sudah diserahkan kepada suamimu. Hidup pernikahan tidak selalunya manis. Ada juga masam, masin malah pahit. Lengkap dengan pelbagai perisa. Saling melengkapi dan memahami. Malah cuba mengikut contoh para isteri Anbiya dan sahabat agar tidak menyimpang jauh daripada jalan yang Allah ridhoi. Selamat menjadi isteri buat diriku, dirimu dan mereka yang dambakan status isteri.
Subscribe to:
Posts (Atom)

