Wednesday, December 30, 2015

AYAM GORENG BEREMPAH


Masak ringkas sahaja malam ini dengan menu utama " Ayam Goreng Berempah ". Bahannya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Jimat bahan dan tenaga (",) .

Bahan-bahannya :

1. Beberapa ketul ayam yang sudah dipotong
2. 4 sudu serbuk rempah kari
3. 4 sudu serbuk rempah kunyit
4. 2 sudu kecil garam halus

Cara penyediaan perapan ayam :

1. Basuh ketulan ayam yang telah dipotong.
2. Gaulkan ayam bersama dengan garam halus terlebih dahulu.
3. Masukkan rempah kunyit dan kari. Kemudian gaulkan sehingga rata.
4. Rehatkan perapan selama 1-2 jam dalam peti sejuk.

Cara memasak :

1. Panaskan minyak ( gunakan minyak yang banyak untuk " deep fry " ).
2. Masukkan ayam yang telah diperap.
3. Goreng ayam sehingga ayam berwarna kecoklatan dengan api yang sederhana selama 15 - 20 minit.
4. Setelah ayam kelihatan garing dan berwarna kecoklatan, angkat ayam dan toskan minyak.
5. Hidangkan ayam goreng berempah tadi.

* Sambil memasak, timbul ide baru. Apa kata jika aku masukkan nasi lemak ayam goreng berempah sebagai menu sarapan pagi untuk dijual? $$$ Bahana GST, semua kena buat lebih daripada 1 pekerjaan bak kata Pak Menteri yang bijaksana.

No comments:

Post a Comment